KUANTAN, 1 April - Majlis Penutupan Kursus Kursus TOT Bagi Pensijilan Profesional Southeast Asian Climbing Federation (Seacf 1), Dan Tali Tinggi Tahap 1 Hingga 3 telah disempurnakan oleh Kepten (M) Yusoff bin Abu Bakar, Ketua Kluster Pengajian Pengurusan Operasi Maritim (K KPPOM).
Kursus ini telah dilaksanakan pada 28 Mac hingga 1 April 2022 di AMSAS melibatkan 4 orang jurulatih daripada Persatuan Mendaki Malaysia (PMM) dan 10 peserta dari AMSAS. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan ialah bagi memastikan jurulatih-jurulatih AMSAS mendapatkan pentauliahan daripada PMM atau pensijilan SEACF bagi mengendali serta mengajar aktiviti flying fox/ abseilling di AMSAS.
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
KUANTAN, 1 April - Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan Khas SCUBA di AMSAS. Kursus ini melibatkan 15 orang anggota pasukan khas JBPM dan terdiri daripada dua (2) fasa iaitu amali di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pahang dan latihan praktikal menggunakan kolam serta tasik di AMSAS.
Antara latihan yang dilakukan ialah seperti berikut:
Semoga pelaksanaan kursus ini turut menjadi pemangkin dalam mengukuhkan kerjasama baik di antara APMM dan JBPM.
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#BOMBA
Putrajaya, 1 April - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) APMM telah berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya dengan jayanya.
Seramai 58 orang pegawai dan anggota termasuk skim perkhidmatan gunasama Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah terpilih untuk menerima APC tahun 2021 sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan olehLaksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Maritim Malaysia dengan diiringi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia.
Warga AMSAS juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Bin Mohd Said yang turut terpilih sebagai penerima APC pada tahun ini.
“Merintis Kecemerlangan Maritim”
#WeTakeItSeriously #MaritimMalaysia #MaritimeNation #MalaysiaCoastGuard #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #APC2021
KUANTAN, 3 Nov 17 – Seramai 25 anggota Maritim Malaysia telah berjaya menamatkan Kursus Pra Asas Komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia di AMSAS, hari ini. Kursus selama sebulan ini bermula pada 8 Oktober lalu dan tahun ini merupakan siri ke-5 penganjurannya. Kursus ini telah dianjurkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia.
Objektif utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan peserta mengenai situasi sebenar, seterusnya menyaring anggota yang benar-benar layak dari segi fizikal dan mental sahaja untuk dihantar menghadiri kursus Pra Asas Komando di KD Panglima Hitam, Lumut, Perak.
Sila klik di sini untuk melihat Video.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber: STAR Team