KUANTAN, 13 Dis 2016 – YBhg. Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad Pengarah Pendidikan dan Latihan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), hari ini menerima kunjungan hormat dari Laksamana Pertama Sandi. SH.MH Pengarah Operasi BAKAMLA, Indonesia bertempat di pejabatnya disini hari ini.
Pertemuan kedua-dua pengurusan tertinggi itu membincangkan mengenai latihan dan usahasama yang bakal dilaksanakan nanti diantara APMM dan Badan Keamaan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA).
Disamping itu satu taklimat ringkas mengenai AMSAS telah diadakan sebelum delegasi tersebut dibawa untuk meninjau kawasan sekitar AMSAS termasuk Bilik Moot Court, Bilik Standards of Training, Certification, and Watchkeeping (STCW), Tapak Damage Control and Fire Fighting (DCFF), Lapang Sasar, dan Malaysia Mission Control Centre (MCC).
Sumber : Unit Perhubungan Awam AMSAS