icon koloborasi strategik

elearning 2

icon galeri

keratan akhbar

icon penerbitan

icon warga

KUANTAN, 14 Disember 2016 - Majlis Penyerahan seramai 128 pelatih baru oleh Cawangan Sumber Manusia kepada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan telah dilaksanakan oleh YBhg Dato’ Abdul Rahman bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) kepada YBhg Laksamana Pertama Maritim Wan Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS bertempat di Auditorium, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan disini semalam.

Pelatih-pelatih tersebut terdiri dari 115 orang lelaki dan 13 orang wanita yang berjaya dipilih untuk memasuki Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim Malaysia Siri 14/2016 bakal menjalani program yang menekankan dimensi pengetahuan, pembangunan latihan kemahiran dan sikap yang akan membantu melahirkan pelaksana tugas yang kompeten sesuai dengan Visi dan Misi agensi selama sembilan bulan yang bermula semalam.

Manakala selepas itu, pelatih-pelatih akan menjalani pula Latihan Sambil Kerja (LSK) selama empat bulan di kapal-kapal, bot-bot dan pejabat APMM seluruh Negara sebelum menjadi anggota APMM yang terlatih dan berwibawa dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

PENDAFTARAN4 PENDAFTARAN4 2

Sumber : Unit Perhubungan Awam AMSAS

icon wargaicon awam