icon koloborasi strategik

elearning 2

icon galeri

keratan akhbar

icon penerbitan

icon warga

KUANTAN, 2 DIS 2016 – Hari ini berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Search and Rescue (SAR) Mission Coordinator Siri 2 Bil.1/2016 bertempat di Akademi Penerbangan Awam atau Malaysia Aviation Academy (MAvA), Sepang, Selangor. Majlis yang disempurnakan oleh Komandan Latihan Maritim (KLM) AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass ini menyaksikan seramai tujuh (7) pegawai APMM termasuk dua (2) pegawai TLDM berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Kursus SMC selama tiga (3) minggu yang bermula dari 14 Nov hingga 2 Dis ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan yang khusus kepada pegawai APMM dan TLDM tentang fungsi dan peranan SMC semasa operasi SAR di samping melatih pegawai yang diperjawatkan di bahagian operasi mengikut prosedur seperti yang terkandung dalam IAMSAR Manual.

Kursus ini telah dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu teori dan praktikal. Fasa teori dilaksanakan di AMSAS manakala fasa kedua, melibatkan latihan secara simulator di MAvA. Kefahaman para peserta turut diuji melalui peperiksaan teori dan latihan simulasi sebagai SMC.

KLM dalam ucapan penutupnya, turut menyatakan kolaborasi di antara APMM dan MAvA selaku peneraju SAR maritim dan udara di Malaysia perlu dipertingkatkan lagi melalui perkongsian infrastruktur latihan berkaitan SAR sesuai dengan inisiatif 1MTC dalam usaha APMM menyokong hasrat kerajaan dalam NBOS. Turut hadir ke majlis penutupan kursus ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian Latihan MAvA, Tuan Dolhan bin Isa.

 SMC 2016  SMC 2016 4
 SMC 2016 3  SMC 2016 2

Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS

icon wargaicon awam