icon koloborasi strategik

elearning 2

icon galeri

keratan akhbar

icon penerbitan

icon warga

KUANTAN,26 Nov 2016 - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan jayanya telah mengadakan majlis sambutan Hari Keluarga 2016 yang bertemakan “Keluarga Bahagia, AMSAS Cemerlang”. Majlis yang disambut secara sederhana namun meriah ini, telah dirasmikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, Y.Bhg Laksamana Pertama (M) Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk acara sukaneka yang turut melibatkan penyertaan ahli keluarga. ‘Cabutan Bertuah’ slot yang paling dinanti-nantikan turut diselitkan sebagai kemuncak acara.

Dalam majlis yang sama turut diadakan acara penyampaian hadiah bagi Karnival Sukan Staf AMSAS (KaSSA) 2016. Johan keseluruhan KaSSA telah dimenangi oleh pasukan MAYONG yang diketuai oleh Laksamana Pertama (M)  Christopher Ravindran Dass, pasukan AROWANA ditempat kedua manakala PIRANHA dan MARLIN masing-masing ditempat ketiga dan keempat.

Sambutan Hari Keluarga ini merupakan salah satu ruang atau platform bagi warga AMSAS untuk menjalin kemesraan serta lebih mengenali antara satu sama lain. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

HK1 HK3
HK2 HK4

Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS

icon wargaicon awam