icon koloborasi strategik

elearning 2

icon galeri

keratan akhbar

icon penerbitan

icon warga

KUANTAN,11 November 2016 - Demi mencapai Champion dalam Maritime Law Enforcement,Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan kerjasama Japan Coast Guard (JCG) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) telah menganjurkan satu bengkel kejurulatihan Train of Trainer bagi Modul Menggeledah. Bengkel ini bermula pada 7 hingga 11 November 2016 yang melibatkan 8 jurulatih menggeledah APMM dan 3 jurulatih dari JCG.

Bengkel ini diadakan bagi persediaan AMSAS menganjurkan kursus menggeledah antarabangsa yang dirancang diadakan pada Januari 2017. Bengkel ini juga telah mencapai objektifnya terutama dalam memperbaiki kemahiran mengajar yang betul melibatkan teknik-teknik pertahanan diri dari Modul Menggeledah JCG. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memberi pengkongsian kepakaran dalam bidang penggeledahan antara kedua-dua negara.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Komandan Latihan Maritim AMSAS Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass.

IMG 20161115 WA0012 IMG 20161115 WA0013
IMG 20161115 WA0010 IMG 20161115 WA0011 

 

Sumber : Unit Perhubungan Awam AMSAS

icon wargaicon awam