icon koloborasi strategik

elearning 2

icon galeri

keratan akhbar

icon penerbitan

icon warga

KUANTAN, 26 Ogos 2016 – Pagi ini telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Komunikasi Maritim Siri 4 Bil.1/2016 bagi Pegawai Penguat kuasa Maritim Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Laskar Kanan ke bawah. Kursus yang diolah berpandukan kepada PROSKOM Maritim Malaysia ini berlangsung selama satu minggu bermula 22 Ogos lalu dan melibatkan seramai 20 anggota.

 

Objektif utama kursus adalah untuk melahirkan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia yang kompeten khususnya di dalam komunikasi taktikal agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selain bertujuan menambahkan kemahiran anggota dalam penggunaan PROSKOM Maritim Malaysia. Kursus ini turut memberi penekanan lebih kepada kefahaman dalam aspek komunikasi terutamanya komunikasi taktikal,tatacara percakapan dan penggunaan visual tampak.

 

Pelbagai maklumbalas diterima dari peserta sepanjang kursus ini dijalankan dan kursus seumpama ini pastinya akan diteruskan lagi di masa akan datang bagi melahirkan anggota yang kompeten dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ketua Latihan Asas AMSAS iaitu Komander Maritim Yousry bin Yaali.

Comms 0

Comms 1

Sumber : Unit Perhubungan Awam AMSAS

icon wargaicon awam