Putrajaya, 1 April - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) APMM telah berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya dengan jayanya.
Seramai 58 orang pegawai dan anggota termasuk skim perkhidmatan gunasama Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah terpilih untuk menerima APC tahun 2021 sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan olehLaksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Maritim Malaysia dengan diiringi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia.
Warga AMSAS juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Bin Mohd Said yang turut terpilih sebagai penerima APC pada tahun ini.
“Merintis Kecemerlangan Maritim”
#WeTakeItSeriously #MaritimMalaysia #MaritimeNation #MalaysiaCoastGuard #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #APC2021