Leftenan Maritim Ts. Md Khairudin Bin Hasim telah di perakukan sebagai Teknologis Profesional pada 27 April 2022 yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT).
Beliau sebelum ini merupakan siswazah jurusan Pengurusan Teknologi daripada Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2015.
Beliau kemudiannya mendaftar sebagai Teknologis Berijazah dalam bidang Transportation & Logistic Technology (TL) sehingga melayakkan beliau di beri pengiktirafan itu.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas kejayaan ini yang membawa gelaran Ts.